Cuepacs Tolak Skim Pencen Bercarum
KOTA BHARU: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) sebulat suara menolak cadangan kerajaan untuk memansuhkan skim pencen sedia ada dan menggantikannya dengan sistem pencen bercarum melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Ahli Jawatankuasa Tertinggi Cuepacs dan 120 wakil kesatuan gabungan yang mewakili lebih sejuta kakitangan awam, dalam mesyuarat lima jam di sini semalam, sebaliknya mahu skim pencen sedia ada dikekalkan.
Presiden Cuepacs, Datuk Nordin Abdul Hamid, berkata skim pencen yang dinikmati kakitangan awam sekarang lebih baik dan berbeza sekali dengan Skim Faedah Pencen Bercarum (FPB).
"FPB memerlukan kakitangan awam mencarum daripada simpanan sendiri, sedangkan sistem pencen ketika ini adalah penghargaan kerajaan.
"Mengikut Akta Pencen 1980, setiap kakitangan yang berkhidmat dengan sempurna berhak mendapat habuan pencen yang sesuai," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Kongres Cuepacs.
Ahad lalu, Berita Minggu melaporkan kerajaan bercadang melaksanakan skim baru itu selepas Parlimen meluluskan pindaan Akta Pencen 1980, September ini.
Menerusi skim baru itu, kakitangan awam perlu mencarum sejumlah wang kepada tabung persaraan yang diuruskan KWSP dan nilai sumbangan bulanan itu akan dipadankan dengan caruman kerajaan.
Nordin berkata, pihaknya akan mengadakan siri jelajah ke seluruh negara dalam masa terdekat bagi memberi penerangan kepada kakitangan awam mengenai keputusan Cuepacs.
Mesyuarat itu turut meminta kerajaan menimbangkan beberapa perkara, antaranya:
Memberi bonus sekurang-kurangnya dua bulan gaji tahun ini.
Memberi elaun sara hidup (COLA) kepada semua kakitangan awam termasuk yang tinggal di kuarters kerajaan serta di Sabah dan Sarawak walaupun mereka mendapat elaun wilayah, dan
Mewujudkan semula Mahkamah Tribunal Perkhidmatan Awam yang dimansuhkan sejak 1991 bagi memastikan kes membabitkan kakitangan awam yang ketika ini dirujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), dikendalikan badan berkecuali.
Nordin tidak menolak kemungkinan Cuepacs akan mengadakan perhimpunan secara aman jika permintaan itu tidak diterima kerajaan.