#navbar-iframe { display: none !important; }

Friday, 30 March 2012

Keldai Siber Pula Muncul

KUALA LUMPUR: Selain dijadikan keldai dadah, wanita tempatan kini diperalatkan sebagai keldai internet oleh sindiket antarabangsa warga Afrika dengan menggunakan akaun internet dan akaun bank mereka untuk pelbagai kegiatan penipuan secara atas talian di seluruh dunia.
Modus operandi sindiket warga Nigeria yang mempunyai kepakaran teknologi maklumat (ICT) itu adalah dengan menggodam e-mel syarikat antarabangsa yang mengandungi maklumat sulit transaksi perniagaan dan menghubungi syarikat itu selepas mencipta emel baru yang alamatnya mirip e-mel pelanggan syarikat yang berurus niaga dengan syarikat yang mahu ditipu.
Modus operandi sindiket warga Nigeria yang mempunyai kepakaran teknologi maklumat (ICT) itu adalah dengan menggodam e-mel syarikat antarabangsa yang mengandungi maklumat sulit transaksi perniagaan dan menghubungi syarikat itu selepas mencipta emel baru yang alamatnya mirip e-mel pelanggan syarikat yang berurus niaga dengan syarikat yang mahu ditipu. Mereka berurus niaga menerusi e-mel palsu termasuk rundingan pembelian. Selepas meyakinkan mangsa, anggota sindiket mengambil alih urus niaga dan menghantar e-mel mengarahkan pembeli memasukkan wang ke dalam akaun bank milik wanita rakyat tempatan yang didaftarkan di Malaysia.
Sebelum itu mereka menjalin hubungan dengan wanita tempatan supaya mudah dipujuk untuk membuka akaun. Ada antara mereka sanggup memeluk agama Islam dan berkahwin dengan mangsa.
Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Asisten Komisioner Mohd Kamarudin Md Din, berkata siasatan terhadap enam kes penipuan awal tahun ini mendapati semua akaun bank itu dimiliki wanita tempatan yang disyaki menjalin hubungan dengan anggota sindiket.
“Sebaik bayaran dimasukkan dalam akaun, mangsa diarah pasangan mereka memindahkan wang kepada rangkaian sindiket di luar negara melalui khidmat kiriman wang antarabangsa. “Suspek mengelak penggunaan akaun bank sendiri atau rangkaian sindiket di luar negara bagi mengelak dikesan jika kegiatan terbongkar.
“Taktik itu juga bagi mengelak wang atau aset mereka di Malaysia atau luar negara dikesan, seterusnya dibekukan pihak berkuasa. Wanita kita dijadikan keldai internet seperti keldai dadah,” katanya.
Sejak Januari lalu, enam kes dilapor membabitkan 10 wanita tempatan dengan kerugian mencecah jutaan ringgit, termasuk kes terbaru membabitkan penahanan ibu tunggal berusia 34 tahun di Johor Bahru Sabtu lalu bersama pelajar kolej swasta warga Nigeria yang didakwa suaminya.
Mohd Kamarudin berkata, penahanan itu susulan maklumat Bank Pusat Amerika Syarikat (AS) yang melaporkan pembayaran oleh pelanggannya kepada sebuah syarikat pembuat pakaian di Jakarta, Indonesia dimasukkan dalam akaun bank milik ibu wanita berkenaan sebelum polis menahannya untuk siasatan lanjut.
Hasil soal siasat membawa kepada penahanan suaminya dan seorang lagi lelaki Afrika berusia 25 tahun dalam dua serbuan berasingan di Pelangi Damansara, Petaling Jaya dan Pandan Indah, Ampang, pada Jumaat lalu.
Polis merampas telefon bimbit dan peralatan komputer yang mereka gunakan untuk berhubung dengan anggota sindiket lain di luar negara serta menggodam akaun mangsa.
“Lebih mengejutkan anggota sindiket sanggup memeluk Islam bagi meyakinkan pasangan, namun ketika ditahan mereka masih memakai rantai mempunyai lambang salib,” katanya.
Berikutan itu, polis menasihatkan orang ramai terutama ahli perniagaan supaya berwaspada ketika menggunakan talian internet percuma seperti Wifi, selain meneliti dan menyemak e-mel bagi mengelak maklumat dicuri penggodam.
“Bukit Aman sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa luar negara, termasuk Interpol bagi memantau aktiviti yang meragukan dalam sebarang urusan perniagaan melalui e-mel,” katanya.
Beliau berkata, selain Malaysia, sindiket berkenaan beroperasi di Timur Tengah dan Afrika.

jinggo movie............ Mediafire Movies Download Link London Paris New York (2012) DVDRip 500mb






part 1: http://adf.ly/6pf1E
part 2: http://adf.ly/locked/6pf1F
part 3: http://adf.ly/6pf1G
part 4: http://adf.ly/locked/6pf1H
password:MediafireHBO.com
sila join part part video dengan menggunakan software HJ-split sebelum play download di link sebelah:http://www.freebytesoftware.com/download/hjsplit.zip

jinggo movie..........Bunohan (2012) [Malay] Eng.Hardsub PPVRip Rmvb,Mkv






part 1: http://adf.ly/6oEBO
part 2: http://adf.ly/6oBEW

sila join part part video dengan menggunakan software HJ-split sebelum play download di link sebelah:http://www.freebytesoftware.com/download/hjsplit.zip

Tuesday, 27 March 2012

alamak.............

Monday, 26 March 2012

Misteri ‘Van Putih’ Kembali

SHAH ALAM: Misteri ‘van putih’ kini kembali apabila mangsa culik Nazatul Fadiana Mohd Izwan, 14, yang ditemui di Bangkok 11 Mac lalu, dikatakan diculik sekumpulan lelaki tidak dikenali menaiki van berwarna putih sewaktu berada berdekatan sebuah restoran di Seksyen 9, di sini pada hari kejadian 30 Januari lalu.
Perkara itu diceritakan mangsa kepada ibunya dalam perbualan telefon pada 12 Mac lalu selepas diselamatkan polis Thailand sewaktu ditemui di Stesen Kereta api Hualamphong, Bangkok, Thailand.
Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, apa yang diceritakan mangsa kepada ibunya belum cukup untuk polis mengaitkan kejadian berkenaan dengan motif sebenar mangsa dilarikan ke Thailand.
“Ini kerana buat masa ini polis belum mendapat sebarang maklumat daripada mangsa kerana dia masih dalam keadaan trauma dan menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, di sini, semalam.
Sebelum ini, sebuah van putih turut dikaitkan dengan kejadian penculikan Nurin Jazlin Jazimin, 8, di pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju pada 20 Ogos, 2007.
Ada saksi ternampak Nurin ditarik masuk ke dalam sebuah van sebelum mayat mangsa ditemui disumbat dalam beg berhampiran PJS1, Petaling Jaya, beberapa hari kemudian. Kejadian sama berulang apabila seorang lagi kanak-kanak perempuan, Sharlinie Mohd Nashar, 5, turut dilaporkan hilang pada awal Januari 2008 selepas didakwa dilihat bersama seorang suspek dalam sebuah van putih di Cheras. Mangsa gagal ditemui sehingga kini.
Zahedi berkata, Nazatul Fadiana atau lebih dikenali sebagai Nana akan terus mendapatkan rawatan di PPUM manakala lima warga Myanmar masing-masing tiga lelaki dan dua perempuan yang diselamatkan bersama mangsa kini masih berada di Bangkok, Thailand.
“Semua warga Myanmar terbabit berdaftar di bawah Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR). Mereka dibawa pulang ke Malaysia bagi membantu polis mengumpul bukti dan menjalankan siasatan menyeluruh,” katanya.
Menurutnya, Nana menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Bangkok dan tiba di Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT), di Sepang, dengan diiringi ibunya, selain beberapa pegawai polis dan imigresen Thailand, malam kelmarin.
“Sebaik mendarat, mangsa terus dikejarkan ke PPUM, Petaling Jaya untuk pemeriksaan kesihatan,” katanya. Akhbar semalam melaporkan, Nazatul Fadiana dilaporkan hilang selepas dihantar ibunya ke perhentian bas di Seksyen 9, di sini bagi mengulang kaji pelajaran bersama rakannya, pada jam 3 petang, 30 Januari lalu.
Namun, sehingga malam hari kejadian, mangsa tidak pulang ke rumah sebelum ibunya membuat laporan polis di IPK Selangor. Selepas dua bulan dilaporkan hilang, mangsa diselamatkan polis Thailand yang menemuinya di Stesen Kereta Api Hua Lampong, Bangkok, bersama lima warga Myanmar, 11 Mac lalu.

Thursday, 22 March 2012

hebatnya seorang guru Kaunselling.............

Salwa baru saja memulakan pekerjaan barunya sebagai seorang guru kaunseling di sebuah sekolah.

Dia sangat bersemangat untuk memberikan nasihat kepada pelajar2 di sekolah itu.

Pada masa rehat.. dia melihat seorang pelajar yang tengah berdiri seorang diri hujung padang sedangkan kawan-kawangnya yang lain asyik bermain di tengah-tengah padang mengejar bola antara satu sama lain.

Salwa cuba mendekati pelajar itu dan bertanya apakah dia ada masalah... Pelajar itu menjawab bahawa keadaannya baik saja.

Mendengar jawapan itu Salwa lalu meninggalkannya.

Beberapa minit kemudian Salwa memerhatikan lagi pelajar itu masih sendirian di tempat yang sama. Salwa kini yakin bahawa pelajar ini sebenarnya mempunyai masalah.

Lalu sekali lagi Salwa mendekati pelajar itu dan berkata penuh kelembutan...

"Apakah kamu mahu kalau saya menemanimu?"

Pelajar itu menjawab..

"Okey.. boleh saja...!"

Merasa bahawa pendekatannya berhasil Salwa bertanya lagi..

"Kenapa kamu berdiri seorang diri di sini?"

"Kerana ..." jawab pelajar itu dengan penuh kehairanan...

"... Sebenarnya saya adalah penjaga gol!"

jinggo movie.....Cinta Kura-Kura (2012) [Malay] English Hardsub PPVRip Mkv,Rmvb,Avi



part1:http://adf.ly/6Wv1Q
part 2:http://adf.ly/locked/6Wito
sila join part part video dengan menggunakan software HJ-split sebelum play download di link sebelah:http://www.freebytesoftware.com/download/hjsplit.zip

movie jinggo.....Adnan Sempit 2 (2012) [Malay] Eng.Hardsub PPVRip Mkv,Rmvb,Avi






part1: http://adf.ly/65pHK
part2: http://adf.ly/65hRC

sila join part part video dengan menggunakan software HJ-split sebelum play download di link sebelah:http://www.freebytesoftware.com/download/hjsplit.zip

Wednesday, 21 March 2012

movie jinggo......Loosies (2012) BluRay 720p BRRip 600MB


part 1: http://q.gs/12xhH
part 2: http://q.gs/12xhI
part 3: http://q.gs/locked/12xhJ




password: MediafireHBO.COM

sila join part part video dengan menggunakan software HJ-split sebelum play download di link sebelah:http://www.freebytesoftware.com/download/hjsplit.zip

‘High Heel’ Yang Kreatif

Eh korang tahu ‘High Heel’ tu apa? Haa kalo yang tak tahu tu, ‘High Heel’ ini ialah kasut tumit tinggi yang macam orang pompuan selalu pakai tu. Tapi ‘High Heel’ ni lain sikit rupanya, design dia agak lain sikit berbanding kasut-kasut tumit tinggi yang korang selalu tengok. Jom tengok gambar² ‘High Heel’ yang kreatif ni..
Korang boleh bayangkan tak macam mana kalau orang pakai ‘High Heel’ ni? Hahaha kreatif kan?
Jom tengok lagi gambar kasut ni..

Untuk pengetahuan korang, kasut ini diperbuat dari carbon dan dilapisi getah pada bawah dan diatas kulit kasut ini. Kasut tersebut dinamakan sebagai “Mojito Shoes” dan ia direka oleh seorang arkitek dari London, Julian Makes.

Sunday, 18 March 2012

Budak Perempuan Ketagih Minum Petrol

NEW YORK: Sekiranya menghidu petrol tidak cukup bahaya, temuilah budak perempuan yang meminumnya.
Mengangkat bekas merah minyak itu di depan kamera, budak perempuan bernama Shannon menunjukkan demonstrasi ketagihannya meminum petrol untuk rancangan televisyen TLC My Strange Addiction.
“Ia mendebarkan pada mulanya dan kemudian ia membakar belakang tekak saya,” kata Shannon menjelaskan tabiatnya meminum bahan itu sehingga 12 sudu teh sehari.
“Walaupun ia menyakitkan, ia buat saya rasa selesa,” katanya sama ada menjilat penutup atau meminumnya terus daripada bekas itu yang dikatakan menjadi kegemarannya.
Ibunya berkata, dia pada mulanya tidak percaya ketika mendengar tabiat anaknya itu tetapi kemudian dia terhidu bau minyak itu pada nafas anak perempuannya.
“Saya ambil penutup dan saya hidu bau yang keluar dari bekas itu,” kata Shannon menunjukkan tabiatnya.
TLC menganggarkan Shannon telah mengambil lebih lima gelen petrol untuk tahun lalu saja.
“Meminum petrol boleh menyebabkan terbakar, muntah, cirit-birit dan jika diambil dalam jumlah besar menyebabkan pening atau kematian,” tulis Jabatan Kesihatan New York. Minyak petrol adalah bahan toksik.
Ketagihan Shannon menghirup petrol timbul beberapa hari selepas seorang lelaki di Carolina Utara mati selepas terminum cecair sama dalam sebiji balang tanpa sengaja

Saturday, 17 March 2012

9 Kekuatan Untuk Cipta Bahagia


Kebahagiaan rumah tangga bukanlah bergantung pada kekuatan cinta semata-mata. Ada banyak lagi aspek kekuatan yang perlu ada pada pasangan agar rumah tangga yang dibina utuh dan berkekalan hingga ke akhirnya.
Bagi yang belum berumah tangga maka persiapkan diri dengan kekuatan ini. Buat yang sudah berkahwin tiada salahnya menilai diri sama ada punya semua kekuatan ini dalam melayari rumah tangga.
1. Kekuatan fikiran
Sedarkah bahawa cinta bermula dari fikiran. Pastinya kita terfikir untuk mencari pasangan yang menepati cita rasa dan sudah tentu kriteria cantik, bijak, beragama dan penyayang menjadi pilihan. Secara tidak langsung, berfikir tentang hal-hal sebegini membuatkan anda lebih mengenali pasangan tanpa anda mengetahui siapakah individu yang dicari. Bersandarkan dari pencarian tersebutlah maka anda akhirnya dipertemukan dengan calon yang diinginkan.

2. Kekuatan melalui pemberian
Dalam percintaan dan rumah tangga perlu ada tolak-ansur, kerjasama dan kesepakatan. Sekiranya ingin mendapatkan cinta maka anda terlebih dahulu perlu memberinya. Lebih banyak cinta yang diberi maka lebih banyaklah cinta yang anda peroleh. Usah kedekut berkongsi kasih sayang kerana lama kelamaan keindahannya pasti dirasai. Sedar tak sedar bercinta juga membuka peluang untuk anda lebih bersemangat untuk melakukan pelbagai kebaikan.
3. Kekuatan melalui persahabatan
Mendapatkan cinta yang sejati bukanlah semudah memperoleh cinta monyet. Banyak rintangan dan dugaan yang harus ditempuhi. Kerana itulah jalinan persahabatan diperlukan meskipun anda telah mengikat jalinan perkahwinan dengan pasangan. Belajarlah untuk menjadi kekasih dan sahabat yang baik kerana cinta tidak semestinya pandangan mata yang turun ke hati tetapi lebih kepada kebersamaan ke arah satu tujuan.
4. Kekuatan untuk melepaskan
Tiada apa yang kekal di dunia ini melainkan Dia Yang Maha Berkuasa. Untuk itu belajarlah untuk melepaskan kerana dia bukanlah milikmu yang abadi. Dalam percintaan anda perlu miliki ruang untuk diri sendiri. Ruang untuk mencintai diri sendiri serta ruang untuk belajar memperbaiki diri. Disebabkan itu, sebelum mencintai orang lain cubalah belajar menjadi seorang yang memaafkan dan lupakan kisah silam hitam dalam hidup masing-masing. Dalam erti kata lain cuba melepaskan perasaan takut, curiga, ego, syak wasangka dan segala yang negatif dalam hidup anda dan dirinya.
5. Kekuatan ingin menghormati
Anda bukanlah pencinta yang baik sekiranya tidak mampu menghormati pasangan yang dicintai. Namun perlu diingat, individu pertama yang perlu diberi penghormatan adalah diri sendiri dan selepas itu barulah orang lain. Tanyakan pada diri apakah perkara yang membuatkan anda ingin dihormati. Sudah pasti perkara yang lebih kurang sama juga dirasai oleh pasangan.
6. Kekuatan sentuhan
Salah satu cara menginterpretasikan cinta adalah melalui sentuhan. Dengan sentuhan pasangan dapat merasa sedalam mana cinta anda padanya. Sentuhan yang lembut, hangat atau biasa-biasa sahaja. Dengan sentuhan juga benteng pemisah disebabkan perasaan malu kerana baru mengenali mampu diruntuhkan dengan mudah sekali gus menyatukan dua jiwa untuk hidup bersama. Namun perlu diingat kekuatan sentuhan ini layaknya dipraktikkan untuk yang berumah tangga saja.
7. Kekuatan berkomunikasi
Mencintai insan yang anda sayangi membuka laluan atau tatacara untuk anda berkomunikasi dengannya. Biarkan dia mengetahui dan menghargai sedalam mana kasih serta cinta yang anda himpunkan buatnya. Gunakan kekuatan untuk mengucapkan tiga perkataan keramat (Aku Cinta Padamu) setiap kali pasangan bangkit dari lenanya. Sertakan dengan ciuman hangat penuh makna.
8. Kekuatan untuk mempercayai
Sukarnya mencipta kepercayaan dalam sebuah rumah tangga yang baru dibina. Bagaimanapun hal seperti ini tidak seharusnya berlaku. Meskipun payah melakukannya tetapi berilah peluang untuk mengenali pasangan dengan lebih dekat kerana dia adalah sebahagian dari hidup anda sebaik lafaz akad diucapkan. Sebaiknya tinggalkan 30 peratus keraguan anda untuknya kerana ia berfungsi sebagai benteng yang mampu menyelamatkan anda sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini.
9. Kekuatan memberi komitmen
Mengambil keputusan mendirikan rumah tangga membuktikan bahawa anda sudah bersedia pada satu komitmen yang penting. Disebabkan itulah anda perlu bijak mengendalikan komitmen tersebut agar tidak bercelaru dan menyusahkan diri sendiri.
Contoh yang paling mudah adalah kesetiaan. Anda terikat pada sebuah hubungan perkahwinan dan menjadi prinsip rumah tangga, setiap pasangan perlu jujur dan setia. Itu antara komitmen yang perlu dipikul dan diingati sepanjang masa agar rumah tangga sentiasa harmoni dan bahagia.

PASADENA, Amerika Syarikat (AS) – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menyiarkan gambar baharu permukaan bulan Rhea yang lebih jelas.
Rhea ialah bulan kedua terbesar yang mengelilingi planet Zuhal. Imej baharu berkenaan yang dirakamkan kapal angkasa Cassini disiarkan oleh NASA pada Isnin lalu. – Agensi

Tuesday, 13 March 2012

Misteri Sumpahan Sang Kelembai (batu gajah)............

Sang Kelembai atau Sang Gedembai begitu sinonim dalam cerita-cerita rakyat dalam masyarakat melayu yang sering diceritakan mempunyai kuasa sakti dan kebolehannya menyumpah manusia atau haiwan menjadi batu ketika dia sedang marah.
Menurut cerita lagenda, apa sahaja yang ditegur oleh Sang Kelembai akan bertukar menjadi batu.
Makhluk ghaib ini sering digambarkan dengan fizikal yang bersaiz gergasi, berwajah hodoh, berperwatakan bengis, berambut merah dan panjang. Ia amat digeruni oleh makhluk-makhluk lain.
Sang Kelembai biasanya tinggal di dalam hutan belantara dan berhampiran sungai. Ia juga dikatakan gemar makan pucuk buluh dan menyebabkan orang kampung pada masa itu sukar mendapatkan buluh. Cerita Sang Kelembai sangat popular dikalangan masyarakat melayu yang tinggal di Perak, Pahang, Kedah dan Pulau Pinang dengan masing-masing mempunyai versi cerita yang berbeza.
Versi Perak
Diceritakan, pada suatu hari Sang Kelembai sedang membuat belat ikan merentangi Sungai Perak tiba-tiba turun lima ekor gajah untuk mandi-manda disitu dan membuat bising hingga mengganggu ikan yang ingin ditangkap oleh Sang Kelembai. Lantaran daripada itu, ia hilang sabar lalu bertempik menyebabkan 5 ekor gajah sekali gus menjadi batu. Batu itu masih ada di Kampung Ara Panjang.
 
Pekan Kampung Gajah di Teluk Intan mendapat nama daripada batu di kaki Bukit Tunggal yang menyerupai bentuk gajah. Kewujudan batu ini dikatakan kerana gajah-gajah di situ telah membuat bising dan telah ditegur oleh Sang Kelembai yang tidak suka dengan suasana bising. Akibatnya gajah tersebut dikatakan menjadi batu. Dikatakan juga, pemukaan berbatu di sekitar air terjun Lata Kinjang di Tapah dan Lata Batu Hampar di Padang Rengas terbentuk hasil sumpahan Sang Kelembai selepas berang ekoran anaknya mati dihempap pokok. Versi Pahang
Menurut cerita orang-orang tua di Kampung Batu Sawar, terdapat sebuah batu berbentuk sawar iaitu sejenis alat menangkap ikan di dalam Sungai Pahang. Para pengunjung boleh melihat sendiri batu sawar ini lebih-lebih lagi menjelang air surut. Batu ini dikatakan terkena sumpahan Sang Kelembai kerana menghalang laluannya. Batu tersebut kemudiannya digelar Batu Sawar dan akhirnya menjadi nama rasmi bagi kampung tersebut.
Kisah Sang Kelembai di Kuala Tahan biasa diperkatakan dikalangan masyarakat kampung dan orang asli suku kaum Batek dan Semelai. Di khabarkan, ia suka singgah di kawasan air terjun 4 tingkat dan sebuah taman yang kini digelar sebagai ‘Wray’s Camp’ disebabkan keindahannya. Terdapat juga kesan tapak kakinya di puncak Gunung Tahan.
Banyak kawasan kampung dikaitkan dengan kisah Sang Kelembai. Antaranya ialah Batu Papan, Gua Kota Gelanggi dan Batu Katak. Di Gua Kota Gelanggi ia sering dikaitkan dengan orang bunian dan Sang Kelembai. Di situ juga wujud batu menyerupai pengantin bersanding, ular dan singa yang dipercayai akibat sumpahan Sang Kelembai.
Versi Kedah 
Di Kodiang, terdapat batu seperti seekor kerbau yang dikatakan di sumpah oleh Sang Kelembai di Gua Kerbau yang mana, satu daripada gunung disitu menjadi destinasi pelancongan terkenal.
Versi Pulau Pinang
Pulau Pinang juga turut mendapat tempias Sang Kelembai. Di Batu Maung, Pulau Pinang, kesan tapak kaki sepanjang 33 inci yang ditemui dan dipercayai tapak kaki Sang Kelembai. Kesan tapak kaki yang sama turut ditemui di Bayan Lepas, Pulau Jerejak dan Pulau Aman.
Memandangkan kesan tapak kaki Sang Kelembai sudah wujud beratus tahun di beberapa pulau sekitar Pulau Pinang, penduduk berbilang bangsa di sana mempunyai pelbagai cerita dan kepercayaan tentang Gedembai, mengikut budaya masing-masing.
*****
Masyarakat Melayu dahulu sering mengaitkan sesuatu penyakit atau kejadian pelik dengan alasan yang tidak rasional. Contohnya, bentuk batu-batu aneh dan batu menyerupai manusia yang dikatakan telah ‘ditegur’ oleh Sang Kelembai akibat melanggar pantang larang orang tua-tua.
Mungkin cerita mengenai Sang Kelembai direka bagi menakut-nakutkan kanak-kanak supaya tidak bermain jauh dari rumah hingga ke kawasan hutan.
Kini, kisah Sang Kelembai dan sumpahannya kian dilupakan saban hari, namun namanya masih menjadi cerita lagenda yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain.

Wednesday, 7 March 2012

Temubual seorang pemuda dengan pakcik gembala biri-biri.

Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa soalan tak?
Pakcik : Boleh aje...
Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : Yang putih.
Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.
Pemuda : Yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Aaa....yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam, padahal jawapan semuanya sama aje?
Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.
Pemuda : Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punye?
Pakcik : Yang hitam pun sama.....

Friday, 2 March 2012

Tips Untuk Kurus Secara Semulajadi....

Berikut adalah cara-cara dan tip untuk menguruskan badan tanpa sebarang ubat-ubatan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Bagi sesiapa yang mengalami masalah kegemukan, korang dianjurkan membaca nasihat ini dengan teliti.
 
JANGAN BERLAPAR 
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle’(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila korang tidak tahan berlapar, pada kebiasanya korang akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan korang telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi.
 
AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN 
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.
 
MINUM 8 GELAS AIR SEHARI 
Air mengurangkan selera makan korang secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti korang tidak akan makan dengan banyak.
 
ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS 
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.
 
KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM 
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan korang menangkung sedikit air. Ini bermakna korang kurang berat yang disebabkan air.
 
AMBIL SARAPAN PAGI 
Korang juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.
 
MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN 
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.
 
KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL 
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.
 
- Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak. 
 
- Jika korang terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi korang atau kunyahlah gula- gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera korang. 
 
- Ambil makanan yang berempah. Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. 
 
- Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak. 
 
- Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak. 
 
- Simpan Satu Diari Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali korang makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan korang makan, dan perasaan korang ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan korang peka kepada keinginan makan korang. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana korang boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan korang kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan korang lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet korang. Mulakan diari makanan korang dan rajin-rajinlah membuat catatan. 
 
- Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran korang untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan. 
 
- Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, korang boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan. 
 
- Ketika memilih piring makanan, ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh korang ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang korang habiskan! 
 
- Selain memberi peluang makanan untuk turun, kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah korang berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi korang menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut korang baru saja terisi. 
 
- Khusus bagi kaum wanita, yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus korang kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya. 
 
- Untuk mengempiskan perut, gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik. 
 
- Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori. 
 
 
BEBERAPA AKTIVITI FIZIKAL YANG MUDAH UNTUK LANSING
 
1. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat 
Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah dengan menaiki lif.
 
2. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam. 
 
3. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. 
 
4. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah.
 
5. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...