#navbar-iframe { display: none !important; }

Monday, 30 January 2012

Menantu bodoh....

Ada satu famili. Satu hari sedang menantu lelaki tengok TV, bapa mertua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah si menantu. Isterinya dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa mertua.

Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah gabra semua yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua, yang di atas ribanya itu mengucap. Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap.

Dalam gabra itu, si menantu pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata: "Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!).." Kuat juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya.

Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: "Bila masa kau jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la.."

Friday, 27 January 2012

Berapa ramai lelaki boleh jadi imam?????????????

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.
“Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!” Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya. “Habis sekarang kenapa tidak belajar?”
Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat. “Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!” Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.
Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.
Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga. “Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?” Dengus teman wanita yang lain.Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanitakini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.
Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

Tuesday, 24 January 2012

cinta cyber ????

Adakah cinta siber @ lebih tepat cinta laman sosial boleh dipercayai? Namun cinta siber di kalangan remaja saat ini tidak asing lagi. Melalui laman sosial ini kamu berkenalan seterusnya mengenali hati budi sehinga akhirnya  terpaut dan mengambil kata putus untuk menjalinkan hubungan cinta.

Persoalannya di sini adakah cinta ini boleh kekal? Jika benar si dia itu  cinta hati kamu, pasti hubungan kamu akan kekal hingga ke jinjang. Namun jika sebaliknya, kamu sendiri yang tahu akan jawapannya. Jom selongkar apakah ciri-ciri lelaki seperti ini? 

Latar Belakang 

Untuk pertama kali mengenali si dia, haruslah kamu menyelidik latar  belakangnya terlebih dahulu. Jangan pula kamu mengambil langkah terburu-buru dengan menjalinkan hubungan dengannya tanpa mengetahui identiti si dia yang sebenar. Kadangkala perkara ini sangat membahayakan. Bagi kamu yang pertama kali jatuh cinta, jangan mudah terpedaya dengan kata-kata manisnya. Sebolehnya kamu kenali si dia terlebih dahulu dan kemudian barulah kamu menilainya sama ada si dia bersesuaian ataupun tidak dengan kamu.

Mencari Kesalahan

Pada permulaan hubungan semuanya indah belaka tetapi apabila berbulanbulan  menjalinkan cinta semuanya tidak kena dan ada sahaja kesalahan yang dicari. Maklumlah cinta seperti ini banyak dugaannya. Malah bukan kamu sahaja perempuan di dalam senarai rakannya tetapi ramai lagi. Bahkan ada di antara rakan-rakan facebook atau Twitter juga di’ayat’ untuk mencuba nasib sama ada si dia ini laku ataupun tidak. Sekiranya berjaya mungkin mereka ini dijadikan kekasih gelapnya untuk dipergunakan. Oleh itu berhati- hatilah!

Tidak Serius

Kamu perlu mengetahui tentang ini, lelaki akan serius bila mana si dia benar-benar  menginginkan kamu menjadi teman sehidup sematinya. Namun, bagi mereka yang tidak serius macam-macam alasan yang diberikan kepada kamu setiap kali kamu mengajak si dia datang ke rumah untuk berjumpa ibu bapa kamu atau mengambil kamu di rumah atau apa-apa sahaja. Kadangkala alasan yang diberikan itu tidak masuk dek akal. Alih-alih kamu pula yang terpaksa mengikut rentaknya bagi menjaga perhubungan kamu dan si dia. Jika kamu seorang yang peka, kamu pasti boleh menghidunya dari awal perhubungan lagi.

Menggunakan Kata-Kata Manis

Ternganga seketika saat mendengar kata-kata manis yang hadir dari bibir sang arjuna kamu. Mungkin dari  caranya membuatkan kamu teringat-ingat akan dirinya. Kaum lelaki ini mempunyai kelebihan dalam menggunakan kata-kata manis untuk menambat hati kekasih hatinya. Mungkin dengan cara ini kamu akan lebih terpikat dan menyayangi dirinya sehingga sukar untuk kamu melepaskan si dia pergi daripada hidup kamu. Kata-kata manis yang digunakan kadangkala hanyalah sandaran untuk mendapatkan kamu. Bahaya untuk kamu!

Monday, 23 January 2012

novel twilight

klik link dibawah untuk baca novel
klik disini http://www.readanybook.com/online/30_0

ILP tinggal kenangan..........last episode

         Selepas mendapat keputusan..... kami dipanggil beratur di hadapan kelas dan diberi keputusan peperiksaan, ramai yang tidak lulus... untuk mengambil semula peperiksaan kami di suruh mencabut kemucut dan megumpulnya sebanyak satu kilo seorang..... aduh....... banyak tu.... tiga hari kami megumpul kemucut  tapi tak cukup semua kawasan ilp tiada kemucut bersih.... pening kepala mencari kemucut... berbagai cara kami gunakan termasuklah mencampurkannya dengan batu, besi...... kantoooooi cik tetap tahu..... puas kami meminta cik untuk megambil semula akhirnya berjaya,,,, nak cerita panjang aku rasa dua tahun baru habis...
           sampai lah aku di sem akhir... final dimana menentukan kami pulang dengan membawa sijil dan lesen PW2 satu fasa, dan akhirnya aku bertemu jodoh disini,,, isteri tersayang, dan dikurniakan cahaya mata...... kepada kawan -kawan yang satu perjuangan, suka duka bersama yang kita lalui,,,,, yang masih megigati diriku boleh berhubung di Facebook... nickname Yunus jinggo aku rindu kamu sahabat........

Wednesday, 18 January 2012

ILP tinggal kenangan.......... ep 2

      setibanya kami di kelas alamak....... senyuman cik penuh  dengan tandatanya?????
"semua pelajar beratur" kami berasa hairan kenapa pulak kami semua kena beratur kat luar,tegah panas pulak tu.... kami menanyakan pada cik "kenapa pulak kami dipangil bediri  di luar kelas???" cik menjawab dengan jawapan ringkas," sebab kamu tak kejut mereka"....... kawan sekelas ku yang namanya glamour dengan pangilan tengkorak hijau, entah macam mana dapat pangilan tu pun aku tak tahu.... antara yang lewat ke kelas di pangil ke depan dan beberapa orang yang namanya aku dah tak berapa nak ingat disuruh ke hadapan, dan disuruh berbaring..... cik menyuruh kami semua memijaknya...... kesihannya......
        Cik dengan suara yang lantang "siapa yang tak pijak kamu pula yang akan di pijak" alamak ni dah kira kes beratni,,, terpaksalah kami angkur dan menurut perintah cik.... sebelum memijak mereka kami semua minta maaf pada empunya diri untuk di pijak,,, selepas upacara tersebut barulah kami masuk kekelas, muka kami semua merah udang kerana panas terik di luar....... selepas tamat sesi pembelajaran, kami semua balik kebilik.... sampai di bilik macam biasalah, duduk dalam bulatan dan kami gelak beramai ramai,,, entah apa yang kami gelak pun tak tahu....
        keesok kan harinya kelas berjalan seperti biasa,,, yang lewat bangun kami kejut kan,,,, kami tak mahu lagi didenda, kerana nila setitik habis susu sebelanga.... beperi bahasa lah pulak aku ni......... kelas berjalan seperti biasa tiada denda aman sekali... dan tiba masa peperiksaan masing masing sibuk mengulang kaji pelajaran termasuk aku..... tamat peperiksaan dan kelas kami keluar untuk minum petang,,, suasana ketika itu meriah sekali... kami semua macam adik beradik. tolong menolong tidak berkira semua boleh..............
          selepas dapat keputusan.............................. malasnya nak menulis.........bersambunglah.... aku nak uruskan keluarga dulu nak hantar isteri aku ke klinik bye salam satu malaysia..................

Tuesday, 17 January 2012

ILP tinggal kenangan..........ep 1

       Pada tahun 2003 yang sudah berlalu aku di kejutkan dengan panggilan telefon bimbit ku 3310 yang pada ketika itu agak baru keluarannya.......... bolehlah layan dengan telefon aku tu best lah jugak, boleh main game tapi taklah setanding dengan Xbox 360 yang amat popular di waktu ini....pada waktu itu aku masih berkerja sebagai juruelektrik di jalan beserah kuantan... aku di hantar ke Temerloh untuk kerja kerja pemasangan pendawaian elektrik baru untuk bangunan Sekolah Paya Pulai Temerloh..... yelah..... bekerja dengan tiada apa-apa sijilni takdipandang orang..........
       Aku dengan rasa gembira menjawab panggilan tersebut, disuruh melapor diri ke pusat latihan Ilp Kuantan, setibanya aku di sana seorang diri untuk mendaftar, aku memang suka seorang diri. maklumlah nak jadi perantau............
      Aku ditempatkan di sebuah bilik seramai 12 orang, aku berkenalan dengan mereka, aku memperkenalkan diriku, maklumlah aku ni peramah orangnya, malas pulak nak cerita panjang, aku pendekkanlah ceritani........... bermulalah sesi pembelajaran ku... lupa pulak nak bagi tahu...... belajar di ILP dapat elaun kalau meginap di asrama 100, kalau tinggal di luar dalam 300 ringgit kot aku pun dah lupa........... kalau korang nak tahu cuba lah masuk ha ha ha gurau je jangan marah... 
       Setibanya aku di kelas, aku dan rakan sebilik aku yang dikenali sebagai Bob,Amri,Saiful dan Azran, mereka semuani gila gila orangnya, disuruh beratur oleh pegajar di sana, aku dan rakan sekelas  memanggil pegajar ku dengan panggilan CIK........ aku ingitkan selepas beratur terus masuk kelas... Alamak!!!!! kene belari, pumping, berguling guling macam askar lak pulak itulah runtin harian kami sebelum masuk ke kelas, tapi aku dan rakan tidak merasa marah apa yang diperlakukan kepada kami, malah semakin mesra, sebab tak cukup pun kami buat semua itu, CIk kena temberang dengan kami.... ha ha ha......
       Aku ingat dah habis dah dikenakan oleh Cik ada lagi..... kami diberi tugasan menbuat penyambungan tindih kasih, ala kerja menyambung kebel, diberinya kami kebel bersaiz besar,,,, dengan hanya menggunakan tangan, tidak boleh menggunakan alatan lain.... aduh tersiksa rasanya...
bersengkang mata aku siapkan kerja penyambungan, kami menbawa tugasan tersebut pulang kebilik....... Ke esokkan harinya macam biasalah runtin kami... setelah selesai runtin kami Cik pun megira jumlah kami adalah beberapa orang tak cukup,,, kami disuruh mencari mereka dibilik...... sampai di bilik mereka... Tido lagi mereka rupanya yang sedang diulit mimpi dalam hati aku,,,, apa pulak budak ni kena nanti berlari???? berguling???? aku pun tak tahu apa yang akan mereka kena lakukan????
        Setibanya kami di kelas...................................??????????????BERSAMBUNG maaf kepada pembaca ada hal maklumlah orang yang berumah tangga sibuklah sikit uruskan keluarga..... jangan bimbang aku akan update cerita ini SALAM SATU MALAYSIA

     
 

Teka-Teki Gelak Ketawa

1. "Kenapa lelaki perlu beristeri tiga... ."
Jawapannya kerana :
kerana kalau kawin satu isONE
kalau kawin dua isTWO
kalau kawin tiga barulah isTERI... ..

2. SENYUM pada orang tua tanda sayang.
SENYUM pada kanak-kanak tanda kasih.
SENYUM pada kekasih tanda cinta.
SENYUM depan telefon tanda gila,
masih SENYUM lagi... memang sah GILA!

3. " Manusia jatuh CinTa??Tak heran... "
Kuda makan RuMpuT?? Tak aneh...
MONYET pandai picit TETIKUS?? HEBAT!!!! ( MOUSE )
MASIH PICIT??
LUAR BIASA!!!!

4. "Cinta..ibarat kentut... "
makin dipendam makin gelisah...
bila di lepaskan ... ... .
ahhhhhhh lega rasanya... ... .

5.Aku terpaku dek renungan matamu,
hatiku tertanya-tanya, BENARKAH ini?
nafas ku tertahan, kau tunduk SEGAN..
lalu ku bertanya, "kau..kentutkan?"

6. "... bila hidupmu dlm kegelapan, "
maka berdoalah; dan apabila selesai berdoa, jika kegelapan masih mengelilingimu maka bayarlah bil letrik yang tertunggak tu!!

Monday, 16 January 2012

Menantu Yang Luar Biasa megerjakan solat............

Mamat ni amat lah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah nie boleh lah tahan cun nya. Mamat ni pun tak kalah lah kacaknya. Ngurat-punya-ngurat tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon, depan Pak Haji Dollah dia bukan main warak lagi, berkopiah dikepala. Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar je jawab nikahnya si Mamat tadi. Biasalah malamnya agak lewat sikit keluarga Haji Dollah masuk tidurnya pasal dok berkemas rumah lepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugak lah masuk tidurnya.

Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, pagi besoknya Pak Haji Dollah pun mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah.

Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam. Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi, "Hai Mat kenapa solat subuh tiga rakaat?" lantas Si Mamat Jawab "eh.. ia ke? tiga rakaat? rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi..."

Masya Allah.. mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Minah tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya. Sahla si Mamat ni tak pernah sembahyang subuh! Kantoi..kantoi.............

Sunday, 15 January 2012

Fadhilat Menjadi Wanita Islam........

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh. 3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
 
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit, akan diampunkan oleh Allah seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
11. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.
13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. 
Pandangan: 
Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga. Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan? Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela. Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilihlah Syurga dan bukannya Neraka.
Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan kita bertemu Izrail. Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa Izrail. Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail? Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman, bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang tumpul.
Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua, dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup. Lepas tu di kapak-kapakkan kepala kita macam tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan, kaki, badan,dan lain-lain.
Dipetik daripada Bayan Masturat Oleh Syed Ahmad Khan;
Januari 1992.

Hadis nabi mengenai wanita
Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.
Nilai Seorang wanita solehah
Di bawah ini adalah beberapa petikan hadis yang menyatakan mengenai kelebihan wanita solehah, mudah-mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini akan memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya. InsyaAllah.
“Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat-empat jenis ini beerti dia telah memperolehi sebaik-baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya”. Ath-Thabrani.
“Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepada Allah akan sebaik-baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya tiada di rumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya”. Ibnu-majah.
“Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya, seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama sesungguhnya lebih baik” Ibnu – Majah.

Gara-gara Jagung, Bikini Model Dilondeh Monyet Sehingga Nampak Payudara

Penulis WarkahDaily Online harap lepas ni ianya memberi pedoman buat yang suka pakai seksi-seksi tu agar hati-hati la lepas ni. Jangan bagi binatang ‘ajar’ korang untuk pakai pakaian cukup kain.
Menurut satu berita antarabangsa, seorang model yang juga pelajar dari Taiwan, Charmian Chen, tidak menyangka beliau dimalukan dua ekor monyet yang secara tidak sengaja bertindak menarik baju mandinya sehingga terlondeh dan mengakibatkan dirinya menjadi terkenal di internet.


Charmian Chen, pelajar berusia 22 tahun itu dilaporkan sedang bermain dan memberi makan jagung kepada monyet-monyet di Sacred Monkey Forest di Ubud, Bali ketika bercuti pada bulan lepas, namun beliau tidak menyangka tempoh percutiannya itu telah ‘dimalukan’ dua ekor monyet yang telah menarik dan ‘melondehkan’ baju mandinya sehingga memperlihatkan sebahagian dadanya.
Menurut Charmian Chen, kejadian itu berlaku apabila dua ekor monyet itu ingin mengambil biji jagung yang terjatuh dalam baju mandinya.
Meskipun Charmian Chen berusaha menghalang monyet itu bertindak demikian, namun salah seekor lagi monyet berjaya menarik baju mandi model berkenaan sehingga menyebabkan baju mandinya terlondeh dan menampakkan sebahagian payudaranya.
Keadaan itu menyebabkan Charmian Chen menjadi malu dan berusaha untuk menutupi bahagian dada yang terdedah dengan menggunakan tangannya.
Peristiwa yang memalukan itu telah membuatkan dirinya menjadi terkenal di laman-laman sosial dan web apabila gambar-gambar kejadian itu disiarkan di internet dan turut menjadi berita utama di Taiwan dan mendapat liputan dari web berita antarabangsa.
Turut dilaporkan ada syarikat-syarikat televisyen bertindak menawarkan model berkenaan untuk tampil dalam program bual bicara berkaitan kejadian itu.
Menurut Charmian Chen, beliau tidak menyangka kejadian ketika percutian itu menyebabkan dia menjadi terkenal. Ketika kembali ke Taiwan, beliau terkejut ramai telah menambahkan dirinya sebagai teman di Facebook.
Namun beliau tersedar selepas diberitahu ia berpunca dari gambar-gambar kejadian pakaiannya ‘dilondehkan’ monyet di Bali.
“Salah seorang dari mereka (rakan Facebook) memberitahu, mereka sudah melihat gambar-gambar (saya) itu dan saya benar-benar terkejut.
“Kemudian saya mendapat tahu selepas mendapat panggilan telefon dari stesyen televisyen.
“Saya sedang bercuti di Bali, jadi saya tidak keberatan. Tapi, selepas pulang ke Taiwan, saya mahu belajar, jadi saya tidak ingin menjadi terkenal hanya kerana payudara saya.
“Namun saya suka, orang mendekati saya dan berkata ‘you’re the monkey girl’ dan kejadian itu membuatkan saya tergelak,” kata Charmian Chen.
Menurut Charmian Chen lagi, monyet-monyet di Sacred Monkey Forest itu, selain sedang kelaparan, ia turut tertarik dengan pakaian mandi (bikini) yang dipakai para pengunjung.
“Saya menyangka, monyet-monyet itu menarik pakaian saya kerana ada jagung jatuh dalam pakaiannya,” beritahu Charmian Chen.
Tapi menurut kakitangan taman monyet itu, pengunjung yang berbikini cerah memang menarik perhatian monyet-monyet di kawasan berkenaan.
“Mungkin monyet itu menyangka bikini berwarna cerah itu adalah buah-buahan. Saya tidak tahu akan hal itu (sebelumnya), tapi saya amat terkejut ketika kejadian,” jelas Charmian Chen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...