#navbar-iframe { display: none !important; }

Friday, 14 December 2012

pencen tiada tukar kwsp betul ke???????

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiDNi4N52DcaU7IKn1ArHsYho41T31r7sXtkVbkYnNF0kbdPOINToagUHKQQ9Us0GeYV3K6GxQ5Blw6JlMC2nKVk1LX8k39qPWmTt1fWsfK_Ufe2FQu32IGCfwWHY9_qgqsK8n2uFzC6v0/s320/ec5155f1-b013-4b81-864e-f7671b794767.jpg
Cuepacs Tolak Skim Pencen Bercarum
KOTA BHARU: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) sebulat suara menolak cadangan kerajaan untuk memansuhkan skim pencen sedia ada dan menggantikannya dengan sistem pencen bercarum melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Ahli Jawatankuasa Tertinggi Cuepacs dan 120 wakil kesatuan gabungan yang mewakili lebih sejuta kakitangan awam, dalam mesyuarat lima jam di sini semalam, sebaliknya mahu skim pencen sedia ada dikekalkan.

Presiden Cuepacs, Datuk Nordin Abdul Hamid, berkata skim pencen yang dinikmati kakitangan awam sekarang lebih baik dan berbeza sekali dengan Skim Faedah Pencen Bercarum (FPB).

"FPB memerlukan kakitangan awam mencarum daripada simpanan sendiri, sedangkan sistem pencen ketika ini adalah penghargaan kerajaan.

"Mengikut Akta Pencen 1980, setiap kakitangan yang berkhidmat dengan sempurna berhak mendapat habuan pencen yang sesuai," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Kongres Cuepacs.

Ahad lalu, Berita Minggu melaporkan kerajaan bercadang melaksanakan skim baru itu selepas Parlimen meluluskan pindaan Akta Pencen 1980, September ini.

Menerusi skim baru itu, kakitangan awam perlu mencarum sejumlah wang kepada tabung persaraan yang diuruskan KWSP dan nilai sumbangan bulanan itu akan dipadankan dengan caruman kerajaan.

Nordin berkata, pihaknya akan mengadakan siri jelajah ke seluruh negara dalam masa terdekat bagi memberi penerangan kepada kakitangan awam mengenai keputusan Cuepacs.

Mesyuarat itu turut meminta kerajaan menimbangkan beberapa perkara, antaranya:

Memberi bonus sekurang-kurangnya dua bulan gaji tahun ini.
Memberi elaun sara hidup (COLA) kepada semua kakitangan awam termasuk yang tinggal di kuarters kerajaan serta di Sabah dan Sarawak walaupun mereka mendapat elaun wilayah, dan
Mewujudkan semula Mahkamah Tribunal Perkhidmatan Awam yang dimansuhkan sejak 1991 bagi memastikan kes membabitkan kakitangan awam yang ketika ini dirujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), dikendalikan badan berkecuali.
Nordin tidak menolak kemungkinan Cuepacs akan mengadakan perhimpunan secara aman jika permintaan itu tidak diterima kerajaan.

Tuesday, 18 September 2012

Meletup Dalam Kereta

Apa kabar korang semua? Moga2 korang sihatlah hendaknya.. walaupun Aku sendiri tak berapa nak sihat nampaknya.. tapi aku gagahikan juga untuk mengupdate entri ni..
Pada kali ni aku nak kongsikan pada korang beberapa keping gambar kerosakan dalaman kereta yang dikatakan akibat dari letupan sebuah gajet yang semakin ramai orang gunakan iaitu GPS… Disebabkan aku ni seorang pengguna tegar gajet ini jadi aku terpanggil untuk kongsikan pada korang semua.. heh..
Menurut sumber yang aku perolehi ini, akibat dari kepanasan yang melampau menyebabkan gajet GPS ini tiba2 meletup.. nasib baiklah semasa GPS ni meletup tuan punya kereta ni tak ada dalam kereta.. kalau tak ke naya jer…kejadian ini terjadi di luar negara.. dikatakan GPS yang di beli ini adalah dari jenama murah punyalah.. emm entahlah.. jom kita layan gambar ni dulu…  




 Sampai macam ni sekali kesan dari letupan gps? huh.. Bila aku tengok gambar ni terus aku jadi trauma pulak nak guna GPS.. huhu.. tapi kalau tak guna nanti bimbang pulak sesat jalan… apapun berhati2 lah yer kawan2 suma.. malang tak berbau.
                                                                                                                                                                                 

Monday, 25 June 2012

Berebut Isteri Dengan Buaya

SARATOK : Seorang suami sanggup menggadaikan nyawa sendiri dengan terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan isterinya yang dibaham seekor buaya tembaga dengan ukur lilit perut sebesar tong dram di tebing Sungai Anak di sini petang kelmarin.
Namun, kudrat ketua rumah panjang, Embol Asum, 48, untuk menyelamatkan isterinya, Siah Munsong, 42, yang telah dikahwini sejak 30 tahun lalu jauh daripada mencukupi untuk menandingi reptilia itu yang dipanggil ‘Bujang Sebelak’, buaya ganas yang dipercayai telah membunuh sekurang-kurangnya dua orang sejak tahun 2010.
Dalam kejadian pukul 5.30 petang itu, Embol bersama lima penghuni rumah panjang yang turut berusaha membantunya sekadar dapat melihat buaya dianggarkan sepanjang lima meter itu mengheret Siah yang terkapai-kapai di dalam mulutnya ke tengah sungai itu yang juga anak Sungai Sebelak.
Mayat ibu kepada dua orang anak itu ditemui tersangkut dalam pukat kira-kira 200 meter dari tempat serangan pukul 9.30 malam kelmarin sebelum dibawa ke Hospital Saratok.
Embol berkata, sewaktu kejadian, Siah bersama beberapa penduduk lain sedang mandi-manda di tebing sungai yang pada waktu itu air paras pinggang sementara dia sendiri berada tidak jauh dari situ.
“Siah tiba-tiba menjerit minta tolong. Saya nampak seekor buaya besar yang buta mata kirinya membaham betis kanan Siah dan menariknya ke dalam air,” cerita Embol kepada Kosmo! ketika ditemui di sini semalam.

Monday, 11 June 2012

Wanita Berjaya Meloloskan diri Daripada Penculik

BUTTERWORTH : “Hati saya berdebar apabila terdengar perbualan tiga penculik itu yang mahu menjual kami berlima.” Itu kata wanita berusia 28 tahun yang berjaya melarikan diri selepas diculik lima jam di ibu negara, kelmarin.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Najwa mendakwa diculik di kawasan rumah sewanya di Wangsa Maju jam 3 petang, namun berjaya melarikan diri ketika van membawanya berhenti di sebuah stesen minyak berhampiran Simpang Pulai, Perak.
Najwa yang juga kakitangan sebuah bank di Kuala Lumpur berkata, sebaik dipaksa masuk dalam sebuah van oleh tiga lelaki yang menculiknya, dia mendapati ada empat lagi wanita yang juga mangsa culik dalam van berkenaan.
“Ketika itu, saya hanya teringatkan keluarga dan bertambah sedih apabila mendengar tangisan empat lagi wanita dalam van itu,” katanya ketika ditemui di rumah bapa saudaranya di sini, malam tadi.
Menceritakan kejadian itu, Najwa berkata, dia mengambil cuti sakit dan keluar rumah untuk membeli nasi di gerai berhampiran rumah sewanya.

Sunday, 3 June 2012

Kerugian Bagi Wanita Yang Menolak Perkahwinan

BIAR KAMU TIDAK CANTIK DI MATA PENDUDUK BUMI TETAPI NAMAMU MENJADI PERBUALAN PENDUDUK LANGIT.
Sepertimana yang diberitakan oleh akhbar Berita Harian, terdapat segolongan wanita yang menolak perkahwinan. Antaranya memandang perkahwinan sebagai satu bebanan yang menyekat kebebasan. Bila berkahwin, kuasa mutlak dalam menentukan hidup berubah dan terpikul pula dengan kerja-kerja mengurus rumahtangga dan anak-anak.
Justeru itu ramai yang lebih rela jadi andartu walaupun pada hakikatnya, ianya tidak dapat memberi kebahagiaan pada jiwa. Ada juga yang tidak berkahwin disebabkan terlalu memilih calon yang sekufu dan ada yang tidak sempat memikirkan perkahwinan kerana terlalu sibuk dengan tugas-tugas dan karier kerjanya.

Sebelum ini saya ada memberi pandangan bagaimana hendak menyelesaikan masalah andartu. Kali ini saya akan dedahkan pula tentang kerugian wanita yang tidak mahu bekahwin; tetapi bukan kepada wanita yang tidak berkahwin kerana tiada jodoh. Kalau sudah tidak ada jodoh, wanita tersebut tidak boleh dipersalahkan kerana sudah takdir menentukan demikian. Masalahnya sekarang, terdapat wanita yang ada peluang berkahwin tetapi menolak dengan alasan-alasan sepertimana yang saya sebutkan di atas tadi.
Perkembangan tentang wanita yang tidak gemar berkahwin bukan sahaja berlaku di dalam masyarakat bukan Islam tetapi juga berlaku di kalangan masyarakat Islam. Sikap demikian bukan sahaja bertentangan dengan kehendak ajaran Islam yang menggalakkan perkahwinan tetapi juga bertentangan dengan fitrah semulajadi manusia yang hidupnya memerlukan pasangan. Bahkan sunnatullah kejadian manusia, ada lelaki dan ada wanita yang saling memerlukan antara satu sama lain. Ibarat talian elektrik yang memerlukan positif dan negatif untuk melahirkan cahaya.
Di Malaysia, walaupun terdapat di dalam masyarakat Islam sikap memilih hidup membujang tetapi tidak begitu berleluasa seperti di barat. Sungguh pun demikian pada pandangan Islam, orang yang tidak berkahwin dianggap jelek. Menyerupai para pendita Kristian. Golongan ini juga tidak akan mendapat kesempurnaan dalam agama dan mengalami kerugian di dunia dan di akhirat.
Kejelekan tidak berkahwin khususnya bagi kaum wanita, adalah lebih banyak berbanding dengan lelaki. Kerana umumnya bagi kaum wanita, pintu syurga lebih banyak bermula dan berada di sekitar rumahtangga, suami dan anak-anak. bagi kaum wanita, untuk mendapat maqam solehah dan menjadi ahli syurga di akhirat adalah amat mudah. Ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w.
“Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami maka masuklah syurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki”.
Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat. Walau sehebat mana sekalipun ia bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami. Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita, sehinggakan redha Allah s.w.t. pun bergantung kepada redha suami.
Selain daripada itu di antara kelebihan wanita yang berkahwin bahawa ia akan diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah dikala mengandung. Apabila ia menyusukan anak maka setiap titik air susu akan diberi satu kebajikan. Berjaga malam kerana mengurus anak akan diberi pahala seperti membebaskan 70 orang hamba. Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada neraka. Bagi wanita yang mencuci pakaian suminya akan diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa. Lebih istimewa lagi ialah bagi wanita yang tinggal di rumah kerana mengurus anak-anak akan dapat tinggal bersama-sama Rasulullah s.a.w di syurga kelak.
Bahkan wanita yang rela dijimak oleh suami juga akan mendapat pahala dan lebih hebat lagi bagi wanita yang mati kerana bersalin akan mendapat pahala seperti pahala syahid. Semua kelebihan-kelebihan ini tidak akan dapat diperolehi bagi wanita yang menolak perkahwinan. Malah di dunia akan selalu berada di dalam fitnah dan di akhirat menjadi golongan yang rugi. Oleh itu wanita dianjurkan berkahwin apabila telah menemui pasangan yang sekufu. Yang dimaksudkan sekufu yang utama ialah dari segi iman, walaupun lelaki tersebut telah berkahwin. Sabda Rasulullah s.a.w :
“Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka kahwinlah dia, kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan”. Para sahabat bertanya, “Bagaimana kalau dia telah berkahwin??” Jawab Baginda s.a.w , “Kahwinilah juga dia” (diulang sebanyak tiga kali).
Begitulah besarnya pahala bagi wanita yang berkahwin. Tidak perlu bersusah-payah untuk keluar rumah seperti kaum lelaki atau berslogan seperti kebanyakan wanita hari ini. Hanya dengan duduk di rumah sebagai seorang isteri dan ibu sudah memperolehi banyak pahala. Kalau suami redha dengan perlakuan seorang isteri itu maka akan terus masuk syurga tanpa melalui kesukaran. Nikmat ini tidak akan dapat diperolehi oleh wanita yang menolak perkahwinan kerana dia telah menolak untuk menjadi calon wanita solehah yang berada dibawah naungan suami.

Tuesday, 15 May 2012

Hukum Orang Islam Menyambut Hari Ibu

Hari ibu juga merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian. Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka. Dan Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars.
Perlukah kita sebagai orang Islam untuk menyambutnya?
Di dalam Islam, kita dituntut untuk menghormati ibu bapa kita setiap masa dan ketika. Bukannya hanya terhad kepada hari-hari tertentu sahaja seperti pada hari ibu atau hari bapa.
Firman ALLAH Subhana Wa Ta’ala : Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
[Surah al-Israa’, Ayat 23 hingga 24]

Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah berkata, “Hari ibu ini timbul kerana pihak orentalis/doktrin barat memikirkan bahawa inilah cara yang terbaik untuk mereka menarik minat anak-anak remaja barat agar menghormati orang tua mereka. Umumnya kita tahu bahawa masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan/mengkhususkan hari-hari tertentu sekaligus dapat memupuk remaja mereka agar menyayangi dan menghormati orang tua mereka.”
Manakala masyarakat kita pula umumnya lebih cenderung dengan budaya ikut-ikutan. Sentiasa terpengaruh dan terpedaya dengan budaya orang kafir dan barat. Bila orang kafir sambut hari valentine kita pun nak sambut sama! Bila orang kafir sambut april fool, kita pun ‘fool’ sama kerana sambut hari karut tu! Bila orang kafir sambut hari ibu dan hari bapa kita pun nak buat sama! Sungguhpun perayaan ini murni dari pandangan mata kasar kita. Tapi hakikat agama Islam kita tidak pernah mensyariatkan atau menuntut umat-umatnya agar menghormati dan menyayangi orang tua mereka, suami atau isteri mahupun anak-anak mereka pada hari-hari tertentu sahaja.
Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda : “Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka”
[Hadits Sahih - diriwayatkan oleh Imam Abu Daud R.H dalam sunannya, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam musnadnya Dan Imam as-Suyuti di dalam al-Jamie’ as-Shaghir, disahihkan oleh Al-Albani]

Islam adalah ‘Deen’ atau cara hidup. Ia telah merangkumi segala-galanya. Bukan hanya kehidupan untuk di dunia yang sementara ini bahkan kehidupan abadi (abadan-abadan) nun di akhirat kelak. Moga ALLAH Subhana Wa Ta’ala terus memelihara kita semua agar kekal terus dalam agamanya iaitu Islam dan mengamalkan cara hidup yang berlandaskan syariat Islam yang sebenar.

Wednesday, 2 May 2012

Hotel Mewah Dalam Jurang

Bosan mendirikan bangunan bertingkat pencakar langit, kini China mendirikan hotel mewah bertingkat di dalam jurang. Lengkap dengan bangunan bermotif air terjun. Pemandangannya adalah hamparan lembah yang indah. Ini memang sesuatu yang sangat baru dan unik.
Projek hotel ini sangat unik kerana termasuk bangunan di bawah tanah. Hotel ini memiliki 19 ringkat dan 380 bilik. Struktur dipahat dari sebuah lombong di Songjiang, dekat Shanghai. Pereka telah menyisihkan kawasan sekitar 30 batu dari kota Shanghai, dalam sebuah lombong yang ditinggalkan di kaki Gunung Tianmashan.
Sementara bangunan pencakar langit yang menjulang tinggi membanggakan restoran atas atap dan kemewahan penthouse, dua tingkat akan memuatkan sebuah restoran bawah air, kompleks olahraga untuk olahraga air dan 10 meter akuarium.
Di sekitar hotel unik ini terdapat 428000 meter persegi taman, lengkap dengan ruang untuk bungee jumping dan panjat tebing yang menghadap ke lantai hotel. Projek pengembang Shimao Grup Properti bekerja dengan Atkins rekayasa sebuah perusahaan Inggris untuk merancang hotel diluar imaginasi. Diharapkan ianya akan siap pada akhir tahun 2014 dan akan dibuka tahun 2015. – Giler Kentang

Friday, 27 April 2012

Jika Sayangkan Anak Anda, Artikel Ini WAJIB DIBACA!

Semua ibu bapa PERLU mengikis sikap acuh tak acuh terhadap keselamatan anak-anak mereka.
Tanggungjawab ibu bapa bukan sekadar membesarkan anak-anak dengan menyediakan makan minum dan tempat berteduh, tetapi juga meliputi memberikan perlindungan kepada mereka
Ancaman terbesar bagi kanak-kanak ialah kecederaan selain daripada penyakit.
Di Malaysia, kecederaan adalah di antara punca utama kematian kanak-kanak di bawah umur 14 tahun.
Kunci utama untuk memastikan keselamatan anak-anak kita adalah untuk menjangka kehadiran situasi bahaya dan bukannya hanya bertindak selepas kejadian yang tidak diingini berlaku.
Keselamatan anak-anak anda boleh diberi perhatian dari beberapa aspek. Pertama, pada aspek kanak-kanak itu sendiri, dari segi bahagian ruang di rumah dan juga apabila berlakunya kecemasan yang tidak diingini.
Pada ruangan kali ini kita akan menyentuh tips-tips panduan keselamatan pada kanak-kanak dan juga aspek keselamatan yang harus ada di setiap rumah.
Aspek Kanak-Kanak
Untuk aspek kanak-kanak, perkara yang harus kita awasi adalah dari segi pemakanan, alat permainan dan juga pergerakan mereka.
Pemakanan
Susu ibu boleh mengelakkan jangkitan penyakit. Terdapat banyak kelebihan susu ibu yang harus anda ketahui. Ibu yang menyusu dinasihatkan untuk mengelakkan pengambilan arak dan dadah jika tidak diarahkan oleh doktor. Bagi ibu yang menyusu anak dengan susu botol, pastikan anak tidak ditinggalkan bersendirian atau tidur dengan botol susu di dalam mulut untuk mengelakkan kejadian tercekik. Bancuhkan susu baru setiap kali anak ingin menyusu. Panaskan susu di dalam bekas berisi air panas dan uji suhu susu dengan titiskan susu di pergelangan tangan (untuk memastikan susu tidak terlalu panas untuk diminum).
Puting/ pacifier adalah tidak digalakkan kerana boleh merosakkan barisan gigi. Bagi kanak-kanak yang menggunakan puting (pacifier), pastikan pelindung puting mesti cukup besar supaya tidak tertelan oleh anak. Jangan benarkan anak anda berjalan, berlari atau bermain ketika ada makanan dalam mulutnya.
Alat Permainan
Elakkan alat-alat mainan yang berikutnya:
Berbucu tajam atau mempunyai kemasan yang kasar.
Bertali melebihi 30 sentimeter.
Mempunyai bahagian kecil yang boleh ditanggalkan supaya anak-anak tidak masukkannya dalam mulut.
Mempunyai tangkai atau pemegang yang panjang yang boleh dimasukkan ke dalam mulut atau mencucuk mata.
Diperbuat daripada bahan yang mudah pecah atau koyak.
Mempunyai bulu atau rambut panjang yang boleh menyebabkan alahan.
Mempunyai enjin atau kipas yang berputar.

Pergerakan Kanak-kanak
Ubah ketinggian tilam katil bayi ke aras terendah apabila bayi mula berdiri. Ubahsuai juga ketinggian palang atas katil bayi supaya dia tidak boleh memanjat keluar.
Alat bantuan berjalan kanak-kanakadalah berbahaya. Anda dinasihatkan supaya jangan menggunakannya. Dengan alat ini, bayi boleh bergerak dengan lebih laju dan mencapai barang-barang di sekelilingnya. Bayi mendapat kebolehan untuk bergerak sebelum dia bersedia dan ini menyebabkan bayi lebih cenderung untuk mendapat kecederaan serius. Penggunaan alat bantuan berjalan tidak akan membantu kanak-kanak belajar berjalan dengan lebih cepat atau pantas
Apabila anak-anak sudah mula memahami, terdapat 15 peraturan keselamatan utama yang boleh anda ajar kepada anak-anak:
Jangan cuba mengambil apa-apa jika tidak sampai dengan memanjat kerusi atau meja. Minta bantuan orang dewasa.
Jangan lari atau main apabila ada makanan dalam mulut atau memegang benda tajam dalam tangan.
Kemaskan alat permainan kamu supaya orang lain tidak terpijak dan jatuh.
Jangan buka tingkap sendiri. Jangan menjenguk keluar dari tingkap yang terbuka.
Jangan duduk atau berdiri di tempat yang tinggi dari lantai.
Jangan berlari-lari atau bermain di tangga.
Pengang palang apabila turun atau naik tangga dan jangan sekali-kali menggelongsor turun dari palang.
Pastikan tali kasut kamu sentiasa diikat dengan kemas.
Jangan cuba mengangkat atau membawa terlalu banyak benda dalam satu masa.
Jangan bermain atau meletakkan beg plastic ke kepala.
Jangan masuk ke dapur jikat tidak ada orang dewasa bersama.
Jangan bermain dengan wayar langsir ayaty bidai. Ia boleh menjerut leher dah menyebabkan kamu tercekik.
Jangan sentuh cawan, bekas atau periuk yang mempunyai cecair panas di dalamnya.
Jangan sekali-kali bermain dengan api, mancis atau lilin.
Jangan lompat ke dalam air atau pergi berenang seorang diri.
Kemudian jangan lupa juga untuk mengajar anak anda menggunakan telefon. Supaya sekiranya berlaku kecemasan, mereka boleh melaporkan kepada pihak yang bertanggungjawab. Ajar anak-anak anda bahawa nombor kecemasan hanya didail apabila berlaku kecemasan SAHAJA. Sekira boleh, terapkan kepada anak-anak anda menghafal nama penuh mereka, alamat rumah dan juga nombor telefon. Sekiranya mereka sudah boleh membaca, tuliskan nota berikut dan lekatkan berhampiran telefon. Makanya sekiranya berlaku kecemasan, kanak-kanak sepatutnya sudah boleh memberikan maklumat tersebut.

Aspek Ruang Rumah
Untuk aspek ruang rumah, kita harus memastikan bahagian-bahagian utama rumah berada dalam keadaan yang tidak mengancam keselamatan kanak-kanak. Beberapa tips untuk anda memastikan keadaan setiap ruang rumah anda sentiasa selamat.
Bahagian Ruang Tamu
Tutup dan kunci pintu ke arah tangga dan hadang tangga dengan pagar.
Terdapat banyak bucu yang tajam di dalam ruang tamu seperti meja dan rak. Gunakan penghalang bucu atau kain berpad untuk mengelakkan kecederaan di kepala, lebam dan benjol.
Jika anda mempunyai meja kaca, salut bahagian kaca dengan plastik kejap bagi mengelakkan kaca dari pecah dan melukai anak sekiranya berlaku kemalangan.

Bahagian Dapur
Simpan peralatan tajam supaya tidak boleh diambil oleh anak.
Wayar bergantung dari peralatan elektrik seperti pengisar dan periuk nasi adalah berbahaya. Sorokkan dengan penutup wayar atau pita
pelekat.
Biasakan diri supaya memusingkan pemegang atau tangkai periuk ke dalam, berjauhan dari hujung meja. Jangan sekali-kali makan, minum,
bawa atau menyediakan makanan atau minuman panas sambil mendukung bayi.
Buang beg plastik dengan serta merta. Tebuk lubang dan ikat sebelum anda membuangnya. Atau, simpan beg plastik di tempat yang selamat. Selain lemas, kanak-kanak juga boleh tercekik jika termakan cebisan plastik yang kecil.

Bahagian Ruang Bilik Tidur
Gunakan selak keselamatan atau penutup tombol pintu bagi menghalang kanak-kanak dari terperangkap di dalam almari.
Jauhkan katil bayi, katil dan perabot dari tingkap. Pasang jeriji di tingkap atau penghalang supaya ia tidak boleh dibuka melebihi 10 sentimeter.
Jika anda menggunakan katil dua tingkat, jangan benarkan kanak-kanak berusia kurang dari 6 tahun tidur di tingkat atas. Jangan benarkan kanak-kanak bermain di atas katil dua tingkat.
Pastikan ada jalan keluar jika berlaku kecemasan seperti kebakaran. Anda mesti adakan satu jeriji tingkap yang boleh dibuka. Tetapkan tempat berkumpul bagi keluarga jika berlaku kecemasan.

Bilik Air
Pastikan pintu ke bilik air dan tandas sentiasa tertutup.
Jangan benarkan anak pergi ke bilik air atau tandas bersendirian. Sentiasa pastikan anak ditemani orang dewasa.
Jangan sekali-kali tinggalkan anak bersendirian di dalam besen mandi atau sebarang bekas berisi air seperti baldi, kolam atau tandas walaupun untuk seketika. Kanak-kanak boleh lemas di dalam air berukuran
kurang daripada 2.5 cm.
Gunakan alas getah atau tuala sebagai alas di dalam besen mandi supaya bayi tidak tergelincir.
Jangan letakkan peralatan elektrik berdekatan sinki, besen mandi atau tandas.
Tuang dan kosongkan bekas berisi air dengan serta-merta selepas menggunakannya bagi mengelakkan kanak-kanak lemas. Letakkan besen dan baldi di tempat yang tidak boleh dicapai supaya anak tidak mengisikannya dengan air. Bekas yang berisi air seharusnya ditutup setiap waktu.

Malang tidak berbau. Anda sebagai ibu bapa kenalah sentiasa berjaga-jaga dan mengambil prihatin terhadap hal-hal sebegini walaupun pada mata kita, ia nampak remeh tetapi sekali ia terjadi kepada anak kita barulah kita sedar langit ini tinggi atau rendah. – My News Hub

Thursday, 26 April 2012

Saintis China Hasilkan Biri-Biri Daripada Gen Cacing

HONG KONG : Sekumpulan saintis China mengklonkan seekor biri-biri modifikasi genetik bercirikan lemak ‘baik’ yang ditemui secara semula jadi dalam kacang, biji benih, ikan dan sayur-sayuran hijau.
Biri-biri berkenaan, Peng Peng yang mempunyai gen cacing bulat dilahirkan dengan berat 5.74 kilogram di sebuah makmal dalam wilayah Xinjiang, barat China pada 26 Mac lalu.
“Ia membesar dengan baik dan sihat seperti seekor biri-biri biasa,” kata Ketua Saintis Institut Genom Beijing, Du Yutao di Shenzhen, selatan China.
Yutao dan beberapa saintis lain memasukkan gen yang memiliki ciri pengeluaran asid lemak politaktepu ke dalam sel penderma yang diambil daripada telinga seekor biri-biri Merino China.
Sel tersebut kemudian dimasukkan ke dalam sebiji telur yang belum disenyawakan dan dipindahkan ke dalam rahim seekor biri-biri tumpang.
“Gen berkenaan berasal daripada C. elegans (cacing bulat) yang didapati dapat meningkatkan kandungan asid lemak tak tepu yang baik untuk kesihatan manusia,” kata Yutao.
China perlu membekalkan makanan kepada rakyatnya.
Namun, hanya tujuh peratus daripada tanah subur di dunia terdapat di China.
Bagi membantu menyelesaikan masalah berkenaan, Beijing giat meningkatkan pengeluaran gandum, daging dan produk makanan lain untuk bekalan domestik sejak beberapa tahun lalu. – Reuters

Monday, 23 April 2012

kelebihan lelaki

Bongkar 5 Rahsia Lelaki
Anda sebagai wanita merasakan bahawa pasangan anda sudah terlalu jujur untuk menceritakan segala rahsia. Adakah anda cukup mengenali lelaki? Pasti tidak! Ini kerana lelaki biasanya akan menyimpan sedikit rahsia yang terlalu peribadi bagi mereka. Jadi apakah rahsia terbesar yang selalu disimpan oleh lelaki? Disenaraikan lima rahsia terbesar lelaki pada wanita.
1. Cerita Porno
Hasil daripada kajian yang telah dilakukan, boleh dikatakan hampir keseluruhan lelaki pernah menonton cerita porno secara langsung ataupun tidak langsung. Ini berkemungkinan disebabkan keinginan seks lelaki adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan wanita. Lelaki menonton mungkin disebabkan terpengaruh dengan rakan atau keinginan seks yang membuak-buak.
2. Lelaki Adalah Pengintip!
Salah satu perkara yang lelaki suka lakukan adalah dengan mengintip maklumat peribadi seseorang wanita yang mereka minati. Tidak kira sama ada mereka sudah berpasangan ataupun tidak, kegiatan ini adalah merupakan satu perkara wajib bagi kebanyakan lelaki. Jika mereka ingin mengetahui sesuatu mengenai seseorang wanita, mereka akan berusaha mencari maklumat peribadi sehingga berjaya. Misalnya, seseorang lelaki yang ingin mendapatkan wanita yang tidak dikenali di mana mereka akan berusaha untuk mencari nombor telefon wanita itu sehingga dapat.
3. Lelaki Sukar Menolak Peluang
Sekiranya ada wanita lain yang cuba menggoda seorang lelaki, tambahan pula wanita tersebut mempunyai wajah yang menarik dan ciri wanita idaman, agak sukar untuk lelaki menolak pelawaan mereka. Ini menyebabkan lelaki akan melayan wanita tersebut tanpa pengetahuan anda. Lelaki dikurniakan dengan sifat pandai memujuk serta menerima pelawaan.
4. Lelaki Mudah Bosan
Kebiasaannya, lelaki akan bersifat seromantik mungkin pada permulaan hubungan. Tetapi apabila hubungan telah menjangkau usia lebih dari setahun, sifat romantik akan terhakis sedikit demi sedikit. Ketika pertengahan perhubungan, lelaki mula akan berasa bosan kerana melakukan perkara yang sama hampir setiap hari.
5. Penggoda Adalah Sifat Lelaki
Tidak bermakna sekiranya seseorang lelaki sudah mempunyai pasangan, mereka akan berhenti daripada cuba menggoda wanita lain. Ini kerana, lelaki merupakan penggoda terbaik. Hanya dengan memberikan pandangan mimik muka yang biasa, wanita akan mudah jatuh hati pada mereka. Lelaki yang bijak menggoda kebiasaannya menggunakan lirikan mata, senyuman serta melalui percakapan untuk menggoda wanita.

Monday, 16 April 2012

Misteri Tengkorak Dalam Dusun

PONTIAN - “Pada mulanya saya sangka sekumpulan remaja itu bergurau, namun setelah melihat dengan mata kepala sendiri, barulah saya percaya cerita mereka bertemu tulang manusia di dusun buah itu benar,” demikian beritahu Abd Halim Abd Ghani, 41, yang terkejut dengan penemuan tidak disangka-sangka itu.
Menceritakan detik-detik awal sebelum menjumpai tulang manusia itu, Abd Halim yang juga seorang penjual burger di Kampung Pasir, Pekan Nenas, berkata, segala-galanya bermula setelah mendengar cerita sekumpulan remaja yang datang berkunjung ke gerainya.
“Ada empat remaja belasan tahun datang ke gerai burger saya yang terletak betul-betul di hadapan sebuah dusun buah-buahan itu kira-kira jam 7 malam Khamis lalu.
“Mereka memberitahu saya yang mereka terjumpa tulang manusia di dalam dusun berkenaan, namun saya tidak ambil peduli kerana menyangka mereka hanya bergurau. Lagipun dusun itu memang sering menjadi lokasi tumpuan remaja mengambil buah mempelam dan jering,” katanya.
Bagaimanapun, Abd Halim berkata, hatinya berasa gusar sebaik sahaja tiba di rumah selepas habis berniaga.
“Saya tidak boleh tidur mengenangkan cerita sekumpulan remaja tersebut. Kata-kata mereka menyebabkan saya jadi tidak sedap hati,” katanya.
Berikutan itu, keesokan harinya Abd Halim bertekad memberitahu salah seorang sahabatnya, Mohd Salleh Marim, 65, tentang perkara tersebut.
“Kira-kira jam 4 petang Jumaat, saya dan Mohd Salleh pergi ke dusun berkenaan untuk memastikan kebenaran cerita yang diberitahu remaja tersebut.
“Alangkah terperanjatnya kami apabila ternyata mereka bercakap benar. Kami jumpa tulang-temulang manusia berserakan di bawah pohon mempelam di dalam dusun tersebut,” katanya.
Menurut Abd Halim, pada mulanya dia mengesyaki tulang yang berserakan itu adalah tulang haiwan, namun mengakui ia tulang manusia setelah menemui tengkorak yang masih mempunyai gigi.
“Hampir keseluruhan tulang tersebut telah tertimbus ke dalam tanah. Tulang-tulang yang berserak dipercayai akibat dimakan biawak,” katanya yang turut menemui sehelai baju-T berwarna kelabu di kawasan tersebut.
Dia kemudian mengambil keputusan membuat laporan polis di Balai Polis Pekan Nenas pada hari yang sama.
Sementara itu, Mohd Salleh yang juga Ketua Umno Cawangan Kampung Pasir pula berkata, dia amat terperanjat dengan penemuan itu kerana tidak ada penduduk yang bercerita mengenai bau busuk di dalam dusun berkenaan sebelum ini.
Menurutnya, kawasan dusun terbabit berhampiran dengan kawasan perumahan di Taman Sri Bahagia 2 dan juga beberapa rumah penduduk Kampung Pasir.
“Kemungkinan tulang terbabit milik warga asing kerana tidak ada orang kampung ini yang mengadu kehilangan ahli keluarga,” katanya.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Zahliman Jamin berkata, pihaknya terus berkejar ke lokasi kejadian setelah menerima maklumat orang awam.
Katanya, berdasarkan pakaian yang ditemui, dipercayai tulang terbabit milik seorang lelaki dan ia dibawa ke Hospital Pontian sebelum dihantar ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru untuk tindakan selanjutnya.
“Pihak polis masih menjalankan siasatan dan berdasarkan tulang yang dijumpai, kemungkinan ia telah lama berada dalam dusun terbabit,” katanya.

Sunday, 15 April 2012

Produk Halal & Haram Dicampur

KUALA LUMPUR : Sebuah premis pembekal makanan sejuk beku yang dipercayai untuk pasaran sekitar Cheras di sini diserbu anggota penguat kuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam setelah pemilik kedai itu didapati mencampur produk makanan halal dan tidak halal dalam bilik sejuk beku yang sama.
Premis yang terletak di Taman Bukit Anggerik, Cheras itu dikatakan telah beroperasi sejak tiga tahun lalu dan menjual pelbagai produk sejuk beku seperti sosej, bebola ikan dan kek ikan tetapi pada masa yang sama turut menjual bebola dan sosej babi.
Penolong Pengarah Kanan Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Hub Halal Jakim, Mohd. Amri Abdullah berkata, berdasarkan hasil serbuan, pihaknya mendapati pemilik premis berkenaan mencampurkan semua produk makanan itu di dalam bilik sejuk yang sama.
“Hasil pemeriksaan memang didapati wujud percampuran produk halal dan tidak halal dalam bilik sejuk beku yang sama.
“Ini merupakan satu isu yang sensitif kepada umat Islam dan Jakim memandang serius tindakan pemilik premis berkenaan kerana produk makanan tersebut turut dijual kepada pengguna Islam,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam. – Kosmo

Thursday, 12 April 2012

MALAS KE SEKOLAH

Jam sudahpun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salim masih lagi berdengkur.
Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.

Ibu: Salim...Salim...bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.

Salim: Alah mak... Salim tidak mahu pergi ke sekolah!

Ibu: Apa, tidak mahu pergi sekolah?! Baik... Salim berikan emak dua sebab mengapa
Salim tidak mahu ke sekolah.

Salim: Semua murid-murid tidak suka Salim. Guru-guru di sekolah pun tidak suka pada Salim!

Ibu: Itu bukan alasan bagi Salim untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!

Salim: Baiklah, sekarang emak pula berikan Salim dua sebab mengapa Salim mesti pergi ke sekolah.

Ibu: Eh...eh...bertuah punya anak! Salim dengar baik-baik, pertama Salim sudah berusia
lima puluh tahun. Kedua Salim PENGETUA SEKOLAH!!!

Wednesday, 11 April 2012

Pelepah Pinang Wajah Manusia

KLUANG - Seorang warga emas, Tan Gek Yong, 70, terkejut apabila pokok pinang yang ditanam di tepi rumahnya di Jalan Haji Manan, di sini mengeluarkan pelepah yang menyerupai wajah manusia.
Menurutnya, pokok pinang tersebut sudah hampir 10 tahun ditanam namun tidak pernah menunjukkan sebarang keanehan sebelum ini.
Katanya, kejadian aneh itu disedari sejak seminggu lalu sewaktu dia mahu menyiram pokok di halaman rumah dan terkejut apabila melihat pelepah terbabit.
“Saya hanya lihat sekejap sahaja pelepah itu kerana apabila melihatnya lama seolah-olah pelepah yang berwajah manusia sedang senyum itu tepat memandang saya.
“Sebelum ini, kejadian seperti itu tidak pernah berlaku dan saya membersihkan pelepah itu setiap hari. Tetapi pada kali ini amat mengejutkan kerana wajah yang terdapat di pelepah itu lengkap dengan sepasang mata, hidung dan mulut,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Tambahnya, dia tidak berani mendekati pokok pinang itu kerana mempercayai ia ada kaitan dengan unsur paranormal namun anaknya menyatakan itu adalah kejadian biasa.
Sementara itu, terdapat enam pokok pinang ditanam di kawasan rumahnya tetapi hanya satu sahaja yang mengeluarkan pelepah berwajah manusia.
“Bagaimanapun, saya tidak akan jualnya kerana pokok itu sudah lama saya tanam dan saya sayang pokok itu,” katanya.
Sementara itu, anaknya, Teng Num Ting, 37, berkata, dia melihat pelepah pokok itu dua hari lepas setelah diberitahu ibunya.
“Pelepah itu memang menyerupai wajah manusia dan saya terkejut apabila melihatnya. Walaupun sebelum ini pokok itu mengeluarkan banyak pelepah tetapi pada kali ini ia amat berlainan.
“Bagi saya, ia sangat unik dan pelik malah ibu saya yang selalu melihat pokok terbabit turut terkejut dengan kejadian yang berlaku itu,” katanya.

Sunday, 8 April 2012

Padah Guna Telefon Bimbit, Disambar Petir

KUALA LUMPUR: Niat seorang lelaki memberhentikan kereta di tepi jalan untuk membantu mangsa kemalangan membawa padah apabila dia disambar petir sebaik menggunakan telefon bimbit untuk menghubungi peronda lebuh raya bagi memaklumkan kejadian itu, kelmarin.
Berikutan kejadian dalam hujan lebat kira-kira jam 4 petang itu di Kilometer 9.3 Lebuhraya Elite arah Putrajaya selepas susur USJ Subang Jaya, mangsa, Herman Zulkarnaen, 29, yang sedang menggunakan telefon bimbit tiba-tiba disambar petir sebelum rebah tidak sedarkan diri.
Dia sebelum itu melihat sebuah kereta dinaiki seorang wanita, ibunya dan tiga anaknya terbabas dan melanggar besi penghadang jalan di tempat kejadian.
Herman dikatakan dalam perjalanan ke Melaka atas urusan kerja kini dilaporkan kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya.
Menurut pemandu kereta terbabit, Rosanita Azizan, 44, ketika kejadian, dia bersama ibu dan tiga anaknya dalam perjalanan dari Sungai Petani ke Nilai sebelum keretanya hilang kawalan dan melanggar besi penghadang jalan.

gaji ssm 2012


43-44
250
45-46
255/260
47-48
270
50-52
290
53-54
320

1.            Pegawai yang telah berada di matagaji maksimum pada 31 Disember 2011 akan mendapat pelarasan mengikut peratus seperti para 1 dan ditambah satu KGT mengikut jadual seperti para 5.

2.            Kenaikan kadar Bantuan Sara Hidup bagi Zon B dan Zon C berkuat kuasa bulan April 2012 dan tidak ada tunggakan bagi elaun tersebut.


LAMPIRAN A

Perubahan Gaji JGM kepada JGMM bagi Gred W54
Setiap P1 dan P2mempunyai Jadual Gaji Minimum-Maksimum (JGMM)



GRED
PARAS
T1
T2
T3
T4
T5
T6
T7
T8
KGT

W54
P1 (Lama)
5,205.21
5,409.76
5,637.97
5,866.18
6,094.39
6,322.60
6,550.81
6,779.02
228.21









Kenaikan 13% + 1 KGT Baru (RM320)
 
Kenaikan 13%
 



P1 (Baru)
5,881.89






7,980.29
320.00



Min






Max














GRED
PARAS
T1
T2
T3
T4
T5
T6
T7
T8
KGT

W54
P2 (Lama)
5,665.80
5,913.46
6,161.18
6,408.87
6,656.56
6,904.25
7,151.94
7,399.63
247.69



Kenaikan 13%
 
Kenaikan 13% + 1 KGT Baru (RM320)

 










P2 (Baru)
6,402.35






8,681.58
320.00



Min






Max



Contoh pengiraan kenaikan gaji P1T4:     Gaji lama = RM5,866.18
                                                                              Gaji baru = RM5,866.18 x 1.13  =  RM6,628.78













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...