#navbar-iframe { display: none !important; }

Saturday, 31 December 2011

RM+manusia-rokok/motor=polis

Ada seorang pelajar yang sedang menunggu bas sambil merokok ditegur oleh seorang polis.

Polis : “Kenapa kamu merokok?”

Pelajar : “Saya suka, tok.”

Polis : “Dari mana kamu dapat wang untuk membeli rokok?”

Pelajar : “Dari belanja sekolah saya.”

Polis : “Sehari kamu habis berapa? Dan harganya berapa?”

Pelajar : “Paling kurang satu kotak dan harganya sekitar RM10.50, tok.”

Polis : “Kenapa wang RM10.50 kamu bakar setiap hari? Cuba kamu kumpulkan wang itu selama setahun, mungkin kamu dapat membeli motosikal, tidak perlu menunggu bas yang sesak seperti ini.”

Pelajar : “Sekarang saya boleh tanya sama tok?”

Polis : “Tentu.”

Pelajar : “Apakah tok merokok?”

Polis : “Tentu tidak.”

Pelajar : “Tapi saya tidak nampak motor tok pon?

Friday, 30 December 2011

luahan hati seorang doktor

Seorang lelaki yang kebetulan seorang doktor muda, merasa tidak selesa dengan apa yang telah berlaku.

Ia pulang ke rumah dengan wajah muram. Setibanya di rumah, ia merebahkan diri di katil dan fikirannya mula melayang.

Lalu ia mendengar suara dalam kepalanya berkata,

“Sudahlah, tidak usah difikirkan. Skandal doktor membuat hubungan intim dengan pesakit terjadi di mana-mana. Jadi kamu tidak perlu merasa bimbang.”

Doktor tersebut cuba untuk setuju, tapi apa yang telah terjadi pagi itu terbayang kembali dan perasaan tidak selesa muncul lagi.

Ia membalikkan badan dan mendengar lagi suara dalam kepalanya,

“Tak perlu bimbang,orang sudah mula biasa dengan skandal hubungan seksual antara doktor dan pesakitnya.”

Lelaki itu mulai tenang dan perasaannya beransur-ansur pulih…

Tiba-tiba suara lain dalam kepalanya berkata,

“Tapi masalahnya kamu kan doktor haiwan…”

Thursday, 29 December 2011

Tikus Makanan Istimewa Penduduk Di Vietnam

HANOI, Vietnam – Daging tikus menjadi makanan istimewa buat penduduk Kampung Canh Nau yang terletak 40 kilometer dari sini.
Tikus dijual pada harga 80,000 dong (RM12.01) bagi setiap satu kilogram (kg) untuk dijadikan makanan.
Menurut media tempatan, kampung itu dikenali sebagai Kampung Tikus kerana secara puratanya, seratus kg tikus dijual pada setiap hari.
Tikus dimakan oleh penduduk kampung tersebut sebelum ini kerana kemiskinan.
Namun, daging haiwan itu menjadi makanan istimewa pada setiap penghujung bulan.
Tikus ditangkap dengan menggunakan perangkap, jaring dan baldi.

TERIMA KASIH kepada PENGUJUNG kerana sudi ke blog saya, saya akan cuba mempertingkatkan lagi blog saya  supya menjadi lebih dekat dihati anda, dan saya juga memerlukan bimbingan anda serta komen dari anda juga tunjuk ajar daripada blogger yang berpegalaman...................

pahlawan kecil

Seorang kanak-kanak berumur 6 tahun di Florida sudah mulai pulih setelah digigit oleh gerombolan anjing saat melindungi adiknya yg berumur 4 tahun dan anak-anak lain
 
 Pada ketika itu Timo Peres dan adiknya Carlos yang berumur 4 tahun serta tetangganya sedang bermain belakang rumah mereka pada hari Khamis di Homestead, Florida, ketika itu tiba-tiba gerombolan anjing lari dari sebuah halaman di seberang jalan
 
 Gerombolan anjing itu menyerang, dan Timo langsung menyembunyikan adik dan temannya di bawah trak diparking dan menggunakan tubuhnya sebagai perisai.
 
 ”Aku ingin menyelamatkan adikku,”kata pahlawan kecil ini. “Kemudian ia mulai menyerang saya.”
 
 Gerombolan anjing langsung m menggigit dia di kepala dan bahu, melihat hal itu ayahnya berlari dan memukul binatang itu dengan skop, mengejar dia pergi.
 Dia dilarikan ke hospital terdekat, di mana doktor harus merawat luka di kepalanya, lengan dan bahu.

Wednesday, 28 December 2011

PUISI INDAH UNTUK ISTERI

Isteriku ,
jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya
bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu......
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan di planet lain...

*** Balasan Puisi sang isteri***
Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet
yang telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku
perlukan cahayamu dan....
akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran
mu...

AKAN TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku
mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu...

MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan cuma mancis saja!!!!!                                                                               Tolong................ nak kawin baru sorry................
         

Tuesday, 27 December 2011

Kentut Dalam Kelas

Ajoi seorang murid yang agak nakal. Satu hari dia kentut dengan bunyi yang sangat kuat dengan bau yang hampeh menyengat segera menyebar di dalam kelas. Mana taknya pagi tu dia sarapan telur rebus 2 biji.Baik punya!

Spontan saja Cikgu Amira menyuruh dia keluar kelas sambil memarahinya, tapi Ajoi ketawa terbahak-bahak nyaris berguling-guling. Guru Besar yang berdekatan kelas 6 Raya (kelas si Ajoi ni) terdengar suara Ajai ketawa berdekah-dekah tu, lalu keluar menyiasat apa yang berlaku.

Guru Besar: Ada apa ni Ajoi? kamu tertawa terbahak-bahak di luar kelas??

Ajoi: Lihatlah Cikgu, kesian kawan-kawan saya tu. Mereka sedang menikmati bau kentutku di dalam kelas. Nasib baik Cikgu Amira tu bijak dan menyuruh saya keluar kelas dengan udara yang lebih segar.

Sunday, 25 December 2011

Kasut Punya Pasal

SEATTLE, Amerika Syarikat(AS) – Kekecohan berlaku di banyak kedai di seluruh AS kelmarin ketika orang ramai berebut untuk mendapatkan kasut bola keranjang Air Jordan terbaharu keluaran Nike.
Di beberapa buah tempat di AS, polis terpaksa dipanggil untuk meleraikan pergaduhan yang hampir membawa kepada kekacauan.
Orang ramai beratur panjang sejak semalam untuk mendapatkan kasut Air Jordan retro yang merupakan versi Air Jordan paling popular pernah dikeluarkan oleh Nike.
Di pinggir bandar raya ini, polis menggunakan semburan lada untuk meleraikan 20 pelanggan yang bergaduh di pusat beli-belah di Westfield Southcenter.
Orang ramai mula berkumpul di empat kedai di pasar raya berkenaan sekitar tengah malam dengan jumlah mereka mencecah 1,000 orang menjelang pukul pukul 4 pagi (waktu AS), apabila kedai-kedai mula dibuka.
“Pada pukul 3 pagi, terdapat insiden pergaduhan dan tolak menolak antara mereka,” kata seorang pegawai polis, Mike Murphy.
Bagaimanapun, tiada kecederaan serius dilaporkan dalam insiden tersebut.
Kekecohan untuk mendapatkan kasut Air Jordan yang dijual pada harga sekitar $180 (RM567.90) untuk sepasang kerap mencetuskan situasi merbahaya sebelum ini.
Beberapa orang pernah disamun malah, dibunuh kerana versi awal kasut itu yang mula dicipta oleh syarikat Nike Inc. pada tahun 1984.

Thursday, 22 December 2011

Tido tak ingat dunia

bagi pasangan yang sudah ber kahwin ha ha ha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...